Lima sebab mengapa Sumareh wajar mewakili Harimau Malaya

Andrea Hoessein

Banyak diperkatakan mengenai kemungkinan Mohamadou Sumareh menyarung jersi Harimau Malaya kebelakangan ini.

Ia selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan persatuan itu akan mula menimbangkan kemasukan pemain natrulisasi menguatkan skuad negara.

Sumareh dijangka mampu menjadi pemain natrulisasi pertama yang bukan berdarah kacukan untuk mewakili negara, selepas dia turut mengesahkan sudah mempunyai kad pengenalan mykad dan bersedia mewakili Malaysia.

Berikut adalah lima sebab mengapa pemain kelahiran Gambia itu wajar mewakili Malaysia:

 

Faktor umur

Dengan umurnya yang menjangkau usia 24 tahun musim ini, Sumareh mampu mengerah kudrat untuk tempoh yang lama.

Jika FAM mula menyerapkan pemain naturalisasi yang lansung tiada darah Malaysia seperti Sumareh, faktor umur perlu dijadikan keutamaan.

Tiada gunanya jika mengambil pemain asing yang sudah mencecah usia lebih 30 tahun menyarung jersi kebangsaan.

 

Adaptasi

Selaku awang import yang sudah lebih lima musim di Malaysia, tiada masalah buat Sumareh menyesuaikan diri.

Dia juga seorang penganut agama Islam dan sudah pasti lebih memudahkannya menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan.

Sumareh pernah bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Perlis sebelum bersama Pahang musim lalu.

Ini bererti dia juga sudah sinonim dengan bola sepak dan pemain tempatan apabila beraksi dalam skuad kebangsaan.

 

Kelebihan fizikal

Selaku pemain berasal dari Afrika, aspek fizikal jelas salah satu kelebihan Sumareh berbanding pemain tempatan.

Bersama Pahang musim ini mengaksikan bagaimana dia tetap berupaya memberikan aksi terbaik meskipun kadang-kala tidak cergas sepenuhnya.

Sumareh juga mencapai perubahan fizikal yang luar bisa berbanding sesetengah pemain lain.

Ketika mula beraksi di Malaysia bersama PDRM pada 2013, Sumareh hanya seorang pemain yang mempunyai kelebihan daripda segi kepantasan.

Kini selepas lima musim beraksi di Malaysia, dia kelihatan turut mempunyai kekuatan fizikal yang baik.

 

Sikap profesional

Seperti kebanyakan pemain import yang berjaya di Malaysia, Sumareh mempunyai sikap profesional yang boleh dicontohi pemain lain.

Dia sentiasa memberikan komitmen terbaik kepada pasukannya, termasuk jika pasukannya berada diambang kekalahan.

Sumareh sentiasa tiada keberatan ditemuramah media dan tahu memberi jawapan yang bijak ketika ditemubual wartawan.

Sudah pasti, pemain muda dalam skuad negara boleh mencontohi sikap profesional Sumareh.

 

Sudah mempunyai taraf kewarganwgaraan
Sebenarnya ia satu kerugian tidak memakai kelibat Sumareh, memandangkan dia sudah mempunyai taraf kerakyatan Malaysia.

Proses mendapat taraf warga negara perlu melalui proses yang rumit dan kadang-kala panjang.

Jadi tiada sebab buat kita membataskan kelibat Sumareh demi kebaikkan skuad negara.

Sumareh juga tidak pernah mewakili Gambia dinperingkat antarabangsa san ia turut memudahkannya menyarung jersi kebangsaan.

 

Foto: Pahang FA

Comments